ku damba kasih MU Ya ALLAH

ku damba kasih MU Ya ALLAH

About Me

Followers

Monday, January 17, 2011


sedih...!!!!!!!!!!!!!!!!!
ni je yg mmpu aku luahkan saat ni...da lame aku x tulis pape kat sni...xde mud....cinta 3 yahun dulu yg hancur akhirnya bertaut,,,aku syg dia sgt2,,,klu boleh aku nk cpt jd halal utknya dlm redha ILLAHI,,,,,tp apakan daya kami msih x mmpu..,,,biala kisah tu mls da aku nak ckp....yg myedihkan aku kini......ADAKAH KISAH 3 TAHUN DULU AKAN BERULANG....dia byk berubah,,,kasih syg dia kat aku da x mcm dulu....BERBEZA SGT2.....betul ke dia syg aku,,,betul ke dia ckp 2 tahun dia tunggu aku?????,,,tp nape dia lain sgt...kdg2 aku rs nak g jauh dari hidup dia,,,atau memg kami x ditakdirkan bersama.....dia pernah ckp klu kali aku tinggalka dia dia mungkin akan jd lebih teruk dr dulu.....tp nape dia x pernah fhm perasaan aku???dia x pernah mghargai kau???....ATAU MEMG DIA BERNIAT NAK BLS DENDAM....aku buntu Tuhan.....rs sgt terseksa.....x tahu da nak ckp ape....betulkah keadaaan ni...hy pd MU Ya ALLAH aku berserah....ummmmm


Monday, October 11, 2010


Ya ALLAH rindunye aku kat dia...ampunkan aku krn x mmpu melawan perasaan ini,,apa harus aku lakukan...beri aku kekuatan n ketabahan....luka n perit rs jiwaku bile ku tahu dia dah d miliki org lain...ntahla,aku bukan mahu dia sbg teman hidupku krn ku tahu dunia kami berbeza,,,aku x lyk u dia n dia bukan ciri2 yg aku mahukan...tp knpa perasaan ini selalu mbelenggu hatiku...Tuhan,aku x kuat melawan perasaan ini....aku x rs aku jatuh cinta padanya...aku hy suka bile bersamanya....astghfruLLAHala'ziim.......

Tuesday, April 27, 2010

KISAH KAMI....


cebisan kata buat insan yang pernah bergelar sahabat baiiku : bahagiakah dirimu skrg d smping teman2 baru yg mmpu mmbhgiakanmu,,,dari jauh aku perhatikan dirimu yg sgt gmbira n ceria,,,,kini akhirnya aku mmpu mlepsknmu,,aku redha n aku terima bhwa kita bukan insn terbaik utk mnjd sahabat sejati....maaf n terima kasih utk sglanya....

Sunday, March 28, 2010

alhamduliLLAH Ya ALLAH,,,pg ini genap sudah umurku 21 tahun...hakhak...da tua rupanya aku....cam x pcaye je...rs cam kanak2 rebena lg...kihkih...perasan...ape yg plg aku x dpt lupkan dan bsyukur d saat ini ialah ALLAH msh mmberi peluang aku u mrs nikmat dunia ini....semoga dgn bertambahnya usia n peluang yg ALLAH berikan ini...aku dpt pertingkatkan iman n kematangan ku seterusnya mncapai keredhaan NYA...amiin
Terima ksih ummi n abah krn melahirkan kak,,mmbesar n mndidik kak hgga skrg...x kan ku sia2kan pengorbanan mu itu...in'ALLAH...terim ksh jg sbb ingat tarikh pntg dalam hidup kak ni...semoga doa ummi n abah d hari bhagia kak ni supaya bjya dunia akhirat akn dmakbulkan Tuhan,,,redha kalian berdua itulah wasilah utk mncpai redha ALLLAH....ape yg plg utama..moga keluarga kite terbina berlandaskan syariat NYA....kak syg ummi n abah

Kwn2 yg d sayangi,,,korngla pembakar semgatku d saat aku jauh dr kelurga...aku benar2 terharu d saat ucapan demi ucapan yg ku terima pd pgi ini...dan ade d antara kalian yg sampaikan lagu....sungguh aku katakan,saat ini benar2 akn terpahat dalam sanubariku...korang sume memg kwn yg terbaik,,,,biarlah persahabatan ini terus kekal n ukhuwwah sentiasa d redhai NYA...

Kini aku bergelar dewasa,,selamt tinggal zmn kegemilanagnku iaitu zaman remajaku,,,huhu,,,wawawawawawa,,,sedihnya,,,namun inilah kehidupan,kite akan terus berjalan meniti usia...d sebalik khidupan ini terselit berjuta perkara gmbira,sedih,kecewa n mcm2 lg...byk kisah2 cinta,persahabatan,keluarga...nmun bagiku inilah resepi khidupan,,asam garam rencah dunia yg harus dtempuhi....semoga aku lbh tabah n lbh bhgia selepas ini...tiada lg kisah duka....amiin...

akhir kata,,,tiada yg ku harapkan pd ketika ini n selama2 nya Ya ALLAH,,,pimpin n redhailah dlm setiap lgkhku..amiin........

Wednesday, March 24, 2010


Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?
www.iLuvislam.com
oleh : zatyrainz


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat

19 HADITH MENGENAI WANITA
www.iLuvislam.com
oleh: firerose

*Jika para pembaca mendapati mana-mana hadis di bawah adalah hadis palsu @ bukan hadis,mohon diperbetulkan di bhgn komen. Terima kasih.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Sekian, Wallahu a'lam.

ummmm...letih la jugak...bru blik kelas teater...hari ni blaja nk wat sketsa,,,ktorg kn lakonkan watak scara spontan...bg aku bez la jugk sbb aku minat...huhu...klu x minat xd plak aku ikut kelas ni,,,kuikui....kelas ke???bleh dikatakan kelas la..seng cte aktvt kelab...hehe